Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah,

Sarawak berjaya pulihara 28 monumen dan tapak bersejarah, mahu dapatkan barang antik

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 Nov: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Muzium Sarawak telah menyelanggara dan memulihara 25 monumen dan tapak bersejarah di seluruh negeri sejak awal tahun ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, lapan daripada monumen tersebut berjaya dipulihara dari Jun hingga bulan lepas.

Antara lapan monumen yang dipulihara termasuk Tapak Rumah Panjang Temenggong Tandok, Makam Dang Isah, Makam Dato Godam, Makam Dato Temenggong Kadir, Lumbong Rentap, Tapak Arkeologi West Mouth Gua Niah, Painted Cave 1 dan 2 di Batu Niah, serta Japanese Landing Craft di Brighton Beach.

Abdul Karim berkata, Jabatan Muzium Sarawak menggalakkan sumbangan dan penghantaran balik artifak bersejarah dari seluruh dunia.

“Satu set 27 meriam mini telah didermakan kepada Jabatan Muzium Sarawak daripada seorang pengumpul Belanda, Peter Hamer dimana saya mengetuai delegasi ke Amsterdam, bagi menerima set meriam itu.

“Meriam-meriam ini mempunyai reka bentuk yang sangat unik dan rumit, melambangkan kehalusan seni pembuatan meriam mini Borneo sejak zaman berzaman dan sumbangan ini akan meningkatkan reputasi jabatan sebagai pusat sejarah dan warisan yang terlibat secara global,” katanya.

Antara lain Muzium Sarawak berjaya berunding untuk memulangkan Topi Matahari Kenyah-Badeng kepada komuniti Kenyah-Badeng di Muzium Pitt Rivers, Oxford, pada 4 November 2024, melibatkan sarjana dan Persatuan Kenyah-Badeng (KEBANA).

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Abdul Karim berkata, pengembalian artifak yang bertarikh antara 1895 dan 1896 ke ibu pertiwi selepas lebih seratus tahun merupakan pencapaian penting.

Selain itu, Jabatan Muzium Sarawak juga berjaya mendigitalkan 2,379 koleksi kaset analog yang mengandungi rakaman penting seperti tradisi lisan, seminar, simposium, dan bengkel, untuk memastikan pengekalan dan penggunaan pengetahuan dalam bidang muzium dan pemeliharaan warisan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan