Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

S-MM2H: Peserta berusia 30 tahun layak mohon, kerajaan perketat syarat

ByAsmah Adenan

KUCHING, 19 Nov: Kerajaan Sarawak memperketatkan syarat kelayakan bagi program Sarawak-Malaysia Second Home (S-MM2H) untuk mengelakkan penipuan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata pemohon perlu memiliki kemampuan kewangan kukuh untuk layak sekali gus melindungi integriti program tersebut.

“Kalau dahulu, pemohon adalah dalam lingkungan usia 40 hingga 50 tahun tapi sekarang mereka yang berusia 30 tahun juga sudah boleh memohon untuk membeli hartanah.

“Akan tetapi, kita akan memeriksa latar belakang pemohon yang berusia awal 30-an ini bagi mengelak berlakunya masalah penipuan dalam pembelian hartanah ini,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan DUN Hari Ketujuh, di sini hari ini.

Jelas Abdul Karim, setakat ini, permohonan yang telah disemak tidak menunjukkan sebarang syak wasangka berkaitan latar belakang pemohon.

“Saya bersama-sama dengan pihak Jabatan Imigresen, Pejabat Premier, Kementerian Kesihatan dan pihak Polis mengikuti mesyuarat ini pada setiap bulan dan menyemak kelayakan pemohon dan saya tidak rasa mereka (pemohon) berani untuk membuat penipuan kerana banyak pihak yang terlibat.

Terdahulu dalam penggulungannya, Abdul Karim menyatakan satu perbincangan meja bulat telah diadakan pada 5 September lalu dan telah ia diluluskan oleh Kabinet pada 24 Oktober lepas.

Setakat Januari hingga Oktober tahun ini, sejumlah 450 permohonan telah diluluskan dengan penempatan deposit tetap (FD) sebanyak RM90 juta di bank tempatan Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan