Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
RM56 juta diperuntukkan melalui agensi-agensi pembangunan wilayah Sarawak bagi pembangunan pusat hemodialisis baharu, perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, serta penambahbaikan di beberapa klinik dan hospital. Foto: TVS

RM17 bilion diperlukan untuk menambah baik kemudahan kesihatan di Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 Nov: Sarawak memerlukan peruntukan sebanyak RM17 bilion untuk memperbaiki kemudahan fasiliti kesihatan di seluruh negeri.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, 206 daripada 271 klinik kesihatan di Sarawak kini berada dalam keadaan daif dan memerlukan perhatian segera.

“Ini termasuk 175 Klinik Kesihatan, 20 Klinik Komuniti, sembilan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, serta dua Klinik Desa.

“Dianggarkan RM7.84 bilion diperlukan untuk membangunkan semula klinik-klinik ini, manakala RM9.24 bilion diperlukan untuk menaik taraf dan membangunkan semula kemudahan hospital, menjadikan jumlah keseluruhan keperluan sebanyak RM17 bilion,” katanya pada sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata Jabatan Kesihatan Sarawak telah menerima dana operasi berjumlah RM2.64 bilion dan dana pembangunan sebanyak RM473.39 juta daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat bulan lepas.

Menurutnya, RM47.83 juta daripada jumlah keseluruhan itu diperuntukkan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian klinik kesihatan, termasuk RM19 juta di bawah inisiatif Klinik Daif Bitara Madani.

“Bagi tahun 2025, sebanyak RM40 juta diperuntukkan untuk pembangunan semula 50 klinik daif di bawah inisiatif yang sama.

“Untuk mempercepatkan pembangunan semula kemudahan kesihatan daif, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak telah bersama-sama memperuntukkan RM100 juta bagi 12 projek yang kini berada di peringkat pra-pelaksanaan,” katanya lagi.

Bukan itu sahaja, sebanyak RM56 juta diperuntukkan melalui agensi-agensi pembangunan wilayah Sarawak bagi pembangunan pusat hemodialisis baharu, perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, serta penambahbaikan di beberapa klinik dan hospital. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan