Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg diumumkan sebagai penerima Anugerah Ketua Kelestarian 2024 hari ini. Foto: TVS

Premier Sarawak diberi Anugerah Ketua Kelestarian

KUCHING, 19 Nov: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, diumumkan sebagai penerima Anugerah Ketua Kelestarian 2024 pada program Advancing an Inclusive & Sustainable Future: Spotlight On Sarawak, hari ini.

Anugerah itu diberikan sebagai menghargai dedikasi beliau yang luar biasa dalam memajukan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.

Selain itu, ia juga untuk mengiktiraf visi beliau yang teguh dalam memacu perubahan positif serta membawa manfaat kepada generasi kini dan akan datang.

Dalam majlis sama, tiga syarikat terkemuka di Sarawak turut diumumkan sebagai penerima anugerah kelestarian berdasarkan Kerangka RIESGo®️ ESG milik RAM.

Anugerah tersebut dinilai berdasarkan semua aspek amalan alam sekitar, sosial, dan tadbir urus syarikat-syarikat berkenaan.

Bagi Anugerah Perak, ia diberikan kepada Sarawak Oil Palms, manakala Anugerah Platinum (Platinum Award) pula dinobatkan kepada Press Metal dan Sarawak Energy.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Seri Muhammad Abdullah Zaidel. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan