Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri William Mawan Ikom bercakap semasa Upacara Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia dan Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce Institut Pendidikan Guru, Kampus Batu Lintang di Kuching pada Selasa. Foto TVS

Pengakap harus menerima AI sebagai persediaan mendepani masa depan

KUCHING, 19 Nov: Setiap ahli Majlis Pengakap harus menerima pakai penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk bersedia mendepani masa depan selaras dengan visi Kerajaan Sarawak.

Yang Dipertua Majlis Pengakap Sarawak, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, penggunaan AI berperanan dalam meningkatkan kecekapan dalam pengurusan aktiviti serta memberi pengalaman lebih menarik untuk membantu melahirkan generasi pengakap yang berdaya saing dalam dunia teknologi yang semakin berkembang pesat.

“Memandangkan kini kehidupan seharian kita banyak dipengaruhi oleh IT, terutamanya AI dan saya mahu anda semua mempersiapkan pengakap menerima AI untuk masa depan dalam pengakap.

“Oleh itu, satu program dalam AI scouting harus digubal dan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berucap semasa Upacara Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia dan Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce Institut Pendidikan Guru, Kampus Batu Lintang di Kuching pada Selasa.

Seramai 148 ahli-ahli pengakap dari Persekutuan Pengakap Malaysia dan Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak menerima 12 jenis anugerah pada upacara tersebut.

Antara anugerah yang diterima adalah Anugerah Pingat Perkhidmatan Gemilang (PPG), Anugerah Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) dan Anugerah Pingat Perkhidmatan Setia (PPS).

Terdahulu, Tan Sri William Mawan Ikom dipilih semula sebagai Yang Pertua Majlis Pengakap Sarawak bagi sesi 2025 – 2027 pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pengakap Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan