Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom. Foto: TVS

Pembangunan SARTECH lonjak industri agro Sarawak

ByWilly Jali

KUCHING, 19 Nov: Kerajaan Sarawak membangunkan kompleks Taman Agroteknologi Sarawak (SARTECH) dalam usaha memacu industri agro untuk mencapai pembangunan mampan dan inovatif di wilayah ini.

Menteri Industri Makanan, Komiditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, projek ini melibatkan dua kawasan di Kuching dan Serian.

“Berhubung dengan pembangunan Taman Agroteknologi Sarawak (SARTECH), saya ingin memaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Perancangan Negeri (SPA) telah meluluskan dua permohonan lokasi, iaitu di Semenggok, bahagian Kuching, dan Tarat, Serian.

“Bagi SARTECH Tarat, projek ini akan ditender pada akhir bulan ini dan dijangka memulakan pembinaan pada suku pertama tahun 2025.

“Skop kerja akan merangkumi pembinaan plot pengeluaran dengan sambungan bekalan air dan elektrik, peningkatan jalan dalaman serta sistem saliran dengan pembinaannya dijangka siap pada suku pertama tahun 2027,” katanya.

Beliau berkata ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Mengulas mengenai projek Rain Shelter Shed, beliau memaklumkan bahawa projek ini dijangka siap pada hujung bulan November ini dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan sebuah syarikat swasta.

Sementara itu, katanya, bagi SARTECH Semenggok, kerja-kerja pembersihan tanah dijangka ditender pada akhir tahun ini dan Jabatan Pertanian Sarawak sedang dalam proses merekrut peserta baharu untuk plot pertanian komersial.

Kata Dr. Rundi, kementeriannya juga sedang membangunkan kemudahan bersepadu dikenali sebagai Wisma SARTECH, yang akan menjadi pusat rujukan dan arahan untuk industri pertanian Sarawak pada masa hadapan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan