Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KBS juga akan terus berusaha untuk mengurangkan jurang yang wujud antara pasukan wanita dan lelaki . Foto: FAM (FB)

Malayan Tigress berentap pusingan akhir di Stadium Bukit Jalil

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Liga Wanita Nasional 2024 mencatat sejarah yang tersendiri apabila buat julung kalinya pusingan terakhir pertandingan itu bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 21 Dis ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia bagi memberi peluang kepada skuad wanita kebangsaan untuk bermain di padang berkenaan buat pertama kali.

Mengikut kenyataan itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah beri komitmen agar skuad bola sepak wanita kebangsaan dapat menjalani latihan di SNBJ sebagai langkah untuk menyamaratakan peluang dan akses kepada fasiliti terbaik negara, sama seperti yang diberikan kepada pasukan bola sepak lelaki kebangsaan Harimau Malaya.

“Liga Wanita Nasional akan berlangsung di SNBJ setiap tahun mulai tahun ini.

“Skuad bola sepak wanita kebangsaan akan menjalani sesi latihan di padang yang sama sekiranya perlawanan diadakan di Bukit Jalil,” kata kenyataan itu.

Malah KBS berharap, dengan memberi peluang dan ruang bagi skuad bola sepak wanita kebangsaan bermain di SNBJ, ia dapat meningkatkan semangat juang pasukan Malaysia.

“KBS juga akan terus berusaha untuk mengurangkan jurang yang wujud antara pasukan wanita dan lelaki sebelum ini. Kita Semua Team MAS,” menurut kenyataan itu lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan