Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah,

Kes penyalahgunaan dadah menurun dalam kalangan pelajar Sarawak

ByRegina Lee

KUCHING, 19 Nov: Sarawak mencatatkan penurunan ketara dalam kes penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah, hasil usaha kolaborasi agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, PEMADAM Sarawak telah melaksanakan 88 program dari Januari hingga Oktober 2024 untuk mempromosikan pembangunan seimbang dan mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar, ibu bapa, dan pekerja.

“Sarawak mencatatkan penurunan dalam kes ujian air kencing positif dadah dalam kalangan pelajar sekolah, dengan 35 kes positif dilaporkan oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) pada 2024, berbanding 48 kes pada 2023 dan 116 kes pada 2022.

“Penurunan ini mencerminkan kejayaan kerjasama antara PEMADAM, Jabatan Pendidikan, Pejabat Daerah, agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan AADK,” katanya pada sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Menurutnya, PEMADAM terus menangani ancaman dadah baharu melalui kempen kesedaran dalam talian dan bersemuka, termasuk Breakoff E-Sports Challenge yang menarik lebih 1,000 peserta dan kem Hero Anak Sarawak yang melibatkan 140 pelajar.

Program HAWA turut memberi pendedahan kepada wanita mengenai pencegahan dadah dan pemerkasaan kewangan.

Selain itu, PEMADAM bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak menganjurkan program Lan Ngabas di SMK Hajah Laila Taib, Asajaya, melibatkan 70 pelajar dan 53 ahli komuniti, yang menekankan peranan ibu bapa dalam mencegah masalah sosial dan menyediakan panduan peluang akademik dan kerjaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan