Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak akan menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia (MCB) dalam membangunkan 2,500 hektar ladang koko di wilayah ini, kata Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom. Foto hiasan Envato

Kerajaan Sarawak, Lembaga Koko Malaysia cadang bangunkan 2,500 hektar ladang

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 Nov: Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk membangunkan 2,500 hektar ladang koko, dengan peruntukan RM80.5 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.

Perkara itu didedahkan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom.

“Ia akan dilaksanakan secara berperingkat dengan keluasan 500 hektar setahun bermula 2026 hingga 2030 dan ia juga akan melibatkan aktiviti huluan iaitu perladangan dan hiliran iaitu kilang pemprosesan coklat siap dan separuh siap.

“Pada tahun 2024, terdapat kenaikan mendadak harga biji koko kering berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu sekitar RM9 sekilogram kepada RM18 sekilogram ketika ini berikutan penurunan produktiviti di negara pengeluar koko utama dunia disebabkan oleh Virus Pucuk Bengkak (CSSV),” katanya pada sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

LKM telah melaksanakan pelbagai program pembangunan bernilai RM6.7 juta di bawah RMKe-12, termasuk Program Rangsangan Pengeluaran Hasil Koko (RPHK), Projek Pembangunan Bahan Koko Halus, Tanaman Koko Organik, Program Pemodenan Pertanian, dan Projek Pemulihan Kebun Koko.

Selain itu, pada tahun ini, LKM menyelia 1,162 pekebun kecil dengan keluasan 890 hektar ladang koko di seluruh Sarawak.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan