Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto UKAS

Kerajaan prihatin tangani isu kewarganegaraan di Sarawak

ByWilly Jali

KUCHING, 19 Nov: Kerajaan Sarawak prihatin terhadap isu kewarganegaraan dan dokumen pengenalan diri, dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) untuk memberi keutamaan kepada verifikasi permohonan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata persetujuan penubuhan JKKSK dicapai dalam pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 24 Julai lalu.

“Daripada perjumpaan saya dengan Menteri Dalam Negeri pada 24 Julai 2024, beliau telah bersetuju untuk mewujudkan JKKSK Perkara 15A, Sarawak,” katanya.

Beliau berkata ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Tegasnya, isu ini mendapat perhatian serius daripada pihak berkuasa bagi memastikan penyelesaian yang menyeluruh dan adil untuk semua pihak yang terlibat.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, permohonan kewarganegaraan adalah tertakluk kepada perundangan, dasar, dan peraturan di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri Malaysia.

“Jawatankuasa ini akan memberi keutamaan kepada urusan berkaitan verifikasi permohonan: fasilitasi proses permohonan dan mengemukakan syor kepada JKKSK.

“Namun demikian, keputusan akhir terhadap permohonan kewarganegaraan adalah tertakluk kepada perundangan, dasar, dan peraturan semasa yang berkuatkuasa di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri,” katanya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan