Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Raizam Setapa@Mustapha berkata secara keseluruhan rampasan itu bernilai RM784,117 dengan anggaran cukai RM5.61 juta. Foto: Bernama

Kastam rampas rokok seludup bernilai RM6.38 juta

ByBernama

DENGKIL, 19 Nov:  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 8.39 juta batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM6.38 juta disyaki diseludup dalam satu operasi di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor pada 12 Nov lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Raizam Setapa@Mustapha berkata secara keseluruhan rampasan itu bernilai RM784,117 dengan anggaran cukai RM5.61 juta.

Beliau berkata operasi kira-kira 11 pagi itu melibatkan pemeriksaan ke atas enam kontena yang membawa kepada penahanan seorang ejen perkapalan warga tempatan berusia 50-an.

“Siasatan awal ke atas dokumen, barangan dagangan ini diikrarkan sebagai produk pelbagai.

“Semasa serbuan, kami dapati bahagian hadapan kontena dipenuhi kotak makanan ringan, produk bijirin dan air minuman. Kami temui rokok-rokok ini di belakang kotak-kotak berkenaan yang bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Raizam berkata siasatan ketika ini tertumpu kepada mengenal pasti pengimport rokok berkenaan yang dipercayai dari negara Asia Selatan untuk pasaran tempatan.

“Siasatan kami turut mengesahkan rokok-rokok ini tidak mempunyai permit import,” katanya.

Menurutnya, pengimportan rokok dan tembakau tertakluk kepada permit import yang digariskan dalam Butiran 66 Bahagian 1, Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Kes disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Zon Bebas 30(1) Akta Zon Bebas 1990 serta Seksyen 135(1)(a) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 atas kesalahan mengimport barang larangan berlawanan dengan sesuatu larangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan