Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Industri lada di Sarawak menunjukkan pertumbuhan positif dengan peningkatan 1.8 peratus ladang lada kepada 8,148 hektar setakat September tahun ini. Foto hiasan Envato

Industri lada Sarawak berkembang positif – Dr Rundi

ByShafik Ahmad

KUCHING, 19 Nov: Industri lada di Sarawak menunjukkan pertumbuhan positif dengan peningkatan 1.8 peratus ladang lada kepada 8,148 hektar setakat September tahun ini.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata kenaikan itu melibatkan 38,816 petani kecil yang berdaftar.

Mengulas lanjut, sehingga Ogos 2024, jumlah eksport lada Sarawak mencapai 4,000 metrik tan dengan nilai RM108.6 juta.

“Bagi suku ketiga 2024, harga purata lada hitam telah mencatatkan kenaikan kepada RM19,411 per metrik tan, manakala lada putih pula mencatatkan harga purata RM27,410 per metrik tan.

“Kenaikan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 36.4 peratus bagi lada hitam dan 13.9 peratus bagi lada putih berbanding tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.

Menurutnya Rundi, Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah mempertingkatkan inisiatif dengan menyediakan sokongan bagi menggalakkan penanaman baru, selain membantu mengekalkan ladang sedia ada untuk meningkatkan hasil.

Katanya ia sebagai respons terhadap permintaan global yang semakin meningkat terhadap lada.

MPB juga memberi tumpuan kepada memastikan pengeluaran lada yang berterusan dan mampan melalui model perniagaan inovatif yang menghubungkan petani secara langsung dengan pembeli atau pengeksport.

Model ini memberikan petani jaminan terhadap permintaan yang stabil terhadap hasil mereka, seterusnya mewujudkan pasaran yang boleh dipercayai.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan