Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

DUN Sarawak: MTCP perjuang hak pelancongan di bawah MA63

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 Nov: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak akan terus memperjuangkan hak pelancongan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, pihaknya akan terus berunding dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk meminda terma ‘tourism’ dalam Perkara 25A dari Senarai Persekutuan ke Senarai Bersama dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita akan secara aktif memperjuangkan hak berkaitan hal ehwal pelancongan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan kerjasama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) serta Pejabat Peguam Besar Sarawak.

“Kita juga akan memastikan bahawa Sarawak diberikan hak kuasa eksekutif untuk mengurus dan mengawal selia keperluan industri pelancongan di wilayah kita sendiri,” katanya pada sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Beliau menjawab persoalan dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang yang telah dijawab secara ringkas oleh Timbalan Menterinya Datuk Sebastian Ting pada Selasa lepas.

Sebastian Ting sebelum ini berkata Kerajaan Sarawak komited untuk memperjuangkan hak autonomi dalam bidang utama di bawah MA63, termasuk menguruskan sektor pelancongan.

Kerajaan Sarawak melalui MTCP bertekad untuk membuat pindaan yang dapat memenuhi keperluan kedua-dua pihak, dengan matlamat mengukuhkan autonomi dalam sektor pelancongan dan merangsang pertumbuhan serta pembangunan di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan