Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Dr. Sim kecam kenyataan Violet Yong kadar cukai taksiran PRIMA, mengelirukan dan berunsur politik

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 Nov: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak menafikan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri Pending, Violet Yong, mengenai isu kadar cukai taksiran PRIMA Bintawa.

Menurut Menterinya, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, penilaian dilakukan secara profesional dan mengikut perundangan.

Kata Timbalan Premier Sarawak itu, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) juga telah menjalankan pemeriksaan semula terhadap PRIMA Bintawa selepas menerima permohonan pengurangan kadar cukai pada 2021.

“Kajian tersebut mengambil kira keadaan bangunan, bahan pembinaan, dan kemudahan yang tersedia seperti tadika, surau, dewan serbaguna, dan ruang rekreasi.

“Walaupun dilengkapi dengan kemudahan ini, kadar cukai taksiran PRIMA Bintawa didapati lebih rendah setiap kaki persegi berbanding pembangunan serupa, Neu Pendington, sebelum diskaun kadar cukai 2016 yang diperkenalkan oleh mantan Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem diterapkan,” katanya pada sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Kui Hian turut menepis dakwaan bahawa ‘tiada tindakan diambil’ sejak isu itu dibangkitkan pada 2022 sebaliknya melantik penilai profesional bebas bagi menilai semula kes itu.

Kadar taksiran PRIMA Bintawa dikekalkan untuk memastikan konsistensi dan mengelakkan perubahan yang tidak wajar.

Beliau juga menjelaskan bahawa PRIMA Bintawa dan PRIMA Matang terbuka kepada golongan berpendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM15,000, termasuk M40 dan T20, bukan hanya golongan berpendapatan rendah seperti yang didakwa.

Malah Kui Hian turut mengecam kenyataan Violet Yong yang dianggap mengelirukan dan bermotif politik.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan