Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Dewan Rakyat: Penggantungan NAFAS tidak jejas urusan harian

ByIzzah Kamilah Yunus

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Penggantungan perkhidmatan terhadap Pertubuhan Perladangan Kebangsaan (NAFAS) tidak memberikan kesan terhadap urusan harian syarikat tersebut.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata operasi, obligasi dan kewajipan NAFAS kepada mana-mana pihak ketiga adalah tidak terjejas dan akan dilaksanakan serta diteruskan oleh pentadbir.

“Bagi urusan perniagaan NAFAS yang melibatkan pembekalan baja padi kepada pesawah, ia langsung tidak terjejas dan berjalan seperti biasa di bawah bidang kuasa Pentadbir NAFAS.

“Sepanjang tempoh penggantungan ini, Pendaftar Pertubuhan Peladang akan memantau urusan harian NAFAS di samping menambah baik tadbir urus dan tatakelola NAFAS bagi memperkasa semula NAFAS secara holistik,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Ujarnya lagi, ini untuk memastikan NAFAS beroperasi mengikut hala tuju dan penubuhan NAFAS selaras dengan perundangan yang sedang berkuat kuasa.

“Strategi pertama melibatkan menambah baik tatakelola NAFAS. Reformasi ini melibatkan pindaan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang 1983 ke arah menambah baik komposisi dan tatakelola Ahli Jemaah Pengarah.

“Selain itu, pindaan dan pemantapan Arahan Pendaftar Pertubuhan Peladang khususnya Perlembagaan NAFAS dan Syarikat Subsidiari ke arah mengelakkan pertindihan kuasa dan fungsi antara Pengurusan dan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS serta menstruktur dan memperkasa peranan Ahli Lembaga Pengarah dalam Syarikat Subsidiari NAFAS akan turut dilaksanakan,” jelasnya.

Untuk rekod, NAFAS kini ditadbir oleh pentadbir yang dilantik oleh pendaftar yang tertakluk kepada arahan daripada pendaftar yang pada masa yang sama, pendaftar telah melantik Majlis Penasihat bagi menasihati pendaftar dan pentadbir berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 7(1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 109]. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan