KUALA LUMPUR, 19 Nov: Keperluan pelesenan di bawah Akta 588 bertujuan untuk memastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab dalam mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat kepada pengguna platform mereka, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
“Ini termasuk menangani secara efektif kandungan mudarat dengan memperkukuhkan sistem dan proses mereka dalam mengurangkan jenayah dalam talian seperti penipuan dalam talian, jenayah seksual dan buli siber.
“Di bawah Akta 588, terdapat langkah-langkah perlindungan yang kukuh untuk mengimbangi keperluan kawal selia dan perlindungan kepada hak kebebasan bersuara serta kebebasan maklumat,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Hassan Abdul Karim (Pakatan Harapan-Pasir Gudang) yang meminta Kementerian Komunikasi menyatakan langkah Kerajaan untuk mengadakan peraturan supaya firma-firma media sosial mulai Januari tahun 2025 memohon lesen untuk beroperasi di Malaysia tidak akan menjejaskan peluang dan kebebasan rakyat negara ini mendapat akses luas kepada kehidupan moden yang banyak bergantung kepada teknologi digital.
Katanya, pelaksanaan kerangka pelesenan di bawah Akta 588 ini adalah bertujuan untuk menangani isu-isu jenayah dalam talian tanpa menyekat inovasi dan pembangunan.
Menjawab soalan tambahan dari Abdul Latiff Abdul Rahman (Perikatan Nasional-Kuala Krai) mengenai nasib peniaga skala kecilan yang melakukan perniagaan dalam talian jika dikenakan lessen secara dalam talian, Fahmi menjawab bahawa lessen ini tidak terpakai kepada pengguna sebaliknya penyedia perkhidmatan.
“Seperkara yang harus dijelaskan adalah, jika gagal dilesenkan (penyedia perkhidmatan) menjelang 1 Januari tahun hadapan, adakah Kerajaan berhasarat untuk menutupnya?
“Kerajaan tidak berhasrat unutk menutup namun berpandukan kuasa sedia ada, memang ada tindakan kompaun yang dikenakan seperti RM250,000 atau boleh dihadapkan ke makhamah dengan kompaun RM500,000 atau penjara lima tahun apabila disabitkan kesalahan,” katanya lagi.
Tambahnya, platform yang sudah disabitkan kesalahan oleh makhamah atas kesalahan beroperasi tanpa lesen boleh didenda sebanyak RM1,000 setiap hari.
Sementara itu, Fahmi menambah sebanyak 27 kes buli siber yang diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) setiap hari. – TVS