Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengajian Tinggi, Dato Sri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir menyampaikan hadiah Johan Kategori Bahasa Melayu kepada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi 2024. Foto TVS

Debat Diraja IPT 2024 platform mahasiswa asah pemikiran secara holistik

KOTA SAMARAHAN, 19 Nov: Pertandingan Debat Diraja Institusi Pengajian Tinggi 2024 yang mengetengahkan konsep perpaduan sebagai tema berupaya menjadi platfom untuk mahasiswa mengasah dan membentuk pemikiran secara holistik dari aspek pemahaman serta penerimaan terhadap kepelbagaian agama, budaya serta adat resam masyarakat Malaysia.

Menteri Pengajian Tinggi, Dato Sri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir berkata, konsep itu amat bersesuaian dengan situasi negara ketika ini berdepan cabaran mengukuhkan perpaduan antara kaum rentetan terdapat suara dan perdebatan yang menyentuh sensitiviti pelbagai kaum di negara ini.

Katanya, pertandingan membuka ruang dan peluang kepada mahasiswa meneroka idea, menyampaikan pandangan dan hujah secara profesional sekali gus membentuk kefahamam dalam membantu melestarikan serta memperkasa perpaduan negara.

“Di sinilah kita dapat mengasah pemikiran-pemikiran yang kritis, latihan-latihan untuk menyampaikan ucapan-ucapan yang baik dan bernas.

“Dalam masa yang sama, kita juga membina satu tabiat berfikir kerana tabiat ini merupakan satu perkara yang sangat penting untuk ada dalam pemikiran kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Penangguhan Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi 2024 di UNIMAS pada Isnin.

Zambry berkata, tabiat berfikir seorang individu bakal mempengaruhi sikap serta penilaian terhadap sesuatu perkara atau isu yang diketengahkan.

Katanya, bagi seorang pendebat yang baik dan profesional, tabiat berfikirnya akan sentiasa memberikan penilaian yang bersifat seimbang, konstruktif dan inovatif.

“Para pendebat ini juga adalah mereka yang akan lahir dan suatu hari nanti akan menjadi pemimpin-pemimpin dan mereka akan berhujah di hadapan khalayak dan hujah-hujah mereka itu akan didengar.

“Lantaran itu saya memohan supaya latihan pengucapan awam ini perlu diteruskan,” katanya.

Pertandingan Debat Diraja memulakan cabarannya secara batas talian bermula pada 8 hingga 10 November lalu melalui platform digital membabit 63 buah pasukan daripada 23 institusi
pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara.

Tiga kategori dipertandingkan iaitu debat dalam Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Kategori Bahasa Arab juara milik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), manakala johan bagi kategori Bahasa Inggeris pula milik Universiti Malaya.

Sementara bagi Kategori Bahasa Melayu johan milik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) selepas menundukkan lawannya dari Univesiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan