Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif AZAM, Ali Suhaili dan Ketua Penolong Pengarah FINAS Cawangan Sarawak, Maffizan Saupie serta barisan pengurus seksyen AZAM Sarawak semasa Bengkel Latihan Pengacaraan 2.0 anjuran AZAM Sarawak dan FINAS Borneo di Kuching, hari ini.

Bengkel Latihan Pengacara 2.0, asah bakat, kemahiran komunikasi profesional

ByMarzella Sigai

KUCHING, 19 Nov: Angkatan Zaman Mansang (AZAM Sarawak) dengan kerjasama FINAS Borneo telah menganjurkan Bengkel Latihan Pengacara 2.0 yang merupakan program latihan intensif selama tiga hari yang bermula pada 19 hingga 21 November 2024 ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili berkata, program tersebut merupakan platform unik untuk mengasah bakat individu dan memupuk kemahiran komunikasi yang lebih profesional dalam bidang pengacaraan.

“Peranan seorang pengacara adalah seni yang memerlukan latihan, keyakinan diri  dan tujuan yang jelas.

“Melalui program ini, kami berhasrat melahirkan individu yang mampu menjadi duta komunikasi efektif, sejajar dengan misi AZAM untuk memperkasakan komuniti melalui pembangunan komunikasi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, program ini juga bertujuan untuk melatih individu dalam seni pengacaraan profesional yang bukan sahaja mampu mengendalikan majlis, tetapi juga mencipta pengalaman bermakna yang boleh meninggalkan impak kepada audiens.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah FINAS Cawangan Sarawak, Maffizan Saupie, menyatakan bahawa penglibatan FINAS dalam program ini adalah selaras dengan matlamat mereka untuk menyokong bakat tempatan di Sarawak.

“Kami di FINAS Borneo berbesar hati dapat bersama AZAM Sarawak dalam inisiatif ini. Bengkel ini bukan sahaja membantu peserta untuk meningkatkan kemahiran pengacaraan, tetapi juga mengukuhkan ekosistem industri kreatif di negeri ini.

“Dengan program seperti ini, kami yakin bakat-bakat tempatan akan lebih terserlah dan memberi sumbangan besar kepada industri kreatif negara,” ujarnya.

Penganjuran bengkel ini mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 90 peserta yang mewakili pelbagai agensi kerajaan, badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dalam bengkel tersebut, para peserta didedahkan dengan pelbagai aspek penting dalam bidang pengacaraan seperti pengendalian majlis rasmi, kawalan emosi, teknik modulasi suara, dan kaedah berinteraksi dengan audiens.

AZAM Sarawak kekal komited dalam usaha melahirkan pemimpin komunikasi berkualiti yang relevan dengan keperluan semasa, selaras dengan aspirasi untuk membangunkan masyarakat yang progresif dan inklusif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan