Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muzium Borneo Budaya (BCM) telah menerima sebanyak 1,179,281 pengunjung sejak pembukaannya pada 9 Mac 2022 lalu. Foto fail Byron Nyug (TVS)

BCM catat kedatangan lebih 1.17 juta pengunjung

ByRegina Lee

KUCHING, 19 Nov: Muzium Budaya Borneo (BCM) telah menerima 1,179,281 pengunjung sejak pembukaannya pada 9 Mac 2022, dengan 257,155 pengunjung diterima sejak Januari 2024.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Jabatan Muzium Sarawak terus komited untuk mempamerkan warisan Sarawak bagi pembelajaran dan keseronokan umum bagi memastikan jabatan tersebut terus relevan.

“Muzium lain seperti Muzium Petroleum Miri, Muzium Warisan Islam, Muzium Sejarah Semula Jadi, dan lain-lain telah mencatatkan sebanyak 167,704 pengunjung.

“Ini menunjukkan bahawa muzium dan galeri terus menjadi tarikan utama bagi pengunjung tempatan dan antarabangsa,” katanya ada sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Abdul Karim mendedahkan bahawa pada separuh kedua 2024, BCM menerima kunjungan kerabat diraja, delegasi asing, 82 sekolah, dan 38 institusi pendidikan dari universiti tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, pelbagai program dianjurkan untuk mempromosikan budaya, warisan, sejarah, dan sains, serta melibatkan 1,389 pelajar dari 24 institusi pembelajaran dalam menyokong kandungan galeri BCM.– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan