Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melihat sendiri kesiapsiagaan jabatan terlibat untuk menghadapi bencana banjir. Foto Kesultanan Pahang (FB)

Al-Sultan Abdullah berkenan tinjau persiapan banjir di Pahang

ByBernama

KUANTAN, 19 Nov: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melihat sendiri kesiapsiagaan jabatan terlibat untuk menghadapi bencana banjir.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan baginda berkenan berangkat ke depoh penyimpanan bekalan keperluan asas untuk mangsa banjir yang terletak di Kampung Tiram di sini.

“Baginda turut berangkat ke Kampung Chendering di sini, bagi memantau paras air dan kawasan-kawasan berisiko,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menerima menghadap dan mendengar persembahan taklimat persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Istana Abdulaziz di sini.

Persembahan taklimat itu merupakan anjuran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan musim tengkujuh di Malaysia bermula 5 Nov dan berterusan hingga Mac tahun depan.

Dalam tempoh berkenaan, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan