Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 27 atlet Sarawak yang bertanding pada SUKMA Sarawak 2024 telah terpilih menyertai skuad kebangsaan dalam pelbagai sukan. Foto TVS

27 atlet Sarawak berjaya tempah slot wakili negara selepas SUKMA Sarawak 2024

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 Nov: Seramai 27 atlet Sarawak yang bertanding pada SUKMA Sarawak 2024 telah terpilih menyertai skuad kebangsaan dalam pelbagai sukan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia melibatkan 11 jenis sukan iaitu renang, berbasikal, ragbi, skuasy, kriket, gimnastik, boling padang, badminton dan golf.

“Atlet-atlet yang terpilih ini akan menjalani beberapa latihan intensif sebagai persediaan untuk bersaing pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa akan datang.

“Penyertaan mereka dalam kejohanan antarabangsa sudah semestinya akan menawarkan pengalaman serta pendedahan yang amat berharga yang membolehkan mereka mengasah kemahiran mereka untuk bertanding pada mana-mana kejohanan sukan akan datang,” katanya pada katanya pada sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Jelas Abdul Karim, seramai empat atlet penerjun Sarawak terpilih untuk menyertai Kejohanan Akuatik Dunia Remaja di Rio de Janeiro, Brazil pada 20 November hingga 2 Disember, manakala lima lagi atlet akan bertanding di Kejohanan Kumpulan Umur SEA ke-46 di Bangkok, Thailand pada 5 hingga 8 Disember.

Selain itu, tiga atlet Skuasy Sarawak juga terpilih untuk menyertai Kejohanan Terbuka British di Birmingham, United Kingdom pada 2 hingga 6 Januari 2025.

Bagi persiapan SUKMA 2026 di Selangor, Sarawak komited untuk menghantar pasukan elit ke acara kebangsaan untuk memberi pendedahan berharga kepada atletnya di peringkat lebih tinggi.

“Majlis Sukan Sarawak (MSNS) juga telah mengekalkan status Atlet Elit bagi 26 peratus pemenang pingat yang layak untuk SUKMA 2026 dengan menawarkan faedah seperti elaun bulanan dan peralatan sukan untuk menyokong latihan serta meningkatkan motivasi mereka untuk mewakili Sarawak dalam SUKMA akan datang.

“Bagi tahun 2025, perancangan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan MSNS merangkumi beberapa inisiatif utama,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan