Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 doktor haiwan yang berkelayakan termasuk saintis haiwan dan paraveterinar menjelang tahun 2030. Foto hiasan Envato

1,000 doktor haiwan diperlukan di Sarawak menjelang 2030

ByRegina Lee

KUCHING, 19 Nov: Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 doktor haiwan yang berkelayakan termasuk saintis haiwan dan paraveterinar menjelang tahun 2030.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, ketika ini hanya terdapat 96 doktor haiwan yang berkhidmat dalam sektor awam dan swasta di Sarawak.

Sehubungan itu beliau berkata, institusi perubatan veterinar di Semenggok telah dikemukakan bagi menangani kekurangan kritikal doktor haiwan di negeri ini.

“Kementerian saya (M-FICORD) sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) untuk merealisasikan penubuhan institusi perubatan veterinar ini.

“Beberapa sesi perbincangan M-FICORD, MEITD dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan bagi membincangkan dan memuktamadkan model pengurusan yang dicadangkan, dan Senat UPM telah meluluskan model pengurusan yang dicadangkan oleh Pasukan Petugas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Dengan penubuhan institusi berkenaan, Dr Rundi memaklumkan perkhidmatan veterinar di Sarawak akan diperkukuh bagi membasmi penyakit zoonotik serta mempercepatkan pembangunan industri ternakan yang bernilai RM3 bilion.

Dalam pada itu beliau mendedahkan, M-FICORD melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak, telah membentangkan cadangan penyusunan semula untuk tambahan 566 jawatan kepada Jawatankuasa Pembangunan Organisasi Sarawak (SODC) yang telah dipersetujui secara prinsip pada 21 Ogos lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan