Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh pada Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa di UNIMAS, Kota Samarahan pada Ahad. Foto UNIMAS

UNIMAS lakar kejayaan tuan rumah catur terbuka antarabangsa

KOTA SAMARAHAN, 18 Nov : Kelab Catur Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar satu lagi kejayaan apabila berjaya menjadi tuan rumah Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa bagi edisi yang keenam, semalam.

Kejohanan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pavilion UNIMAS itu dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Catur Sarawak.

Melalui tema, Pertarungan Senyap Melangkaui Sejarah, Memimpin Bidak ke Kemenangan, acara itu melibatkan kejohanan rapid sembilan pusingan selama dua hari, dimainkan dengan kawalan masa 25 minit setiap permainan, dengan penambahan 10 saat.

Dalam pada itu, seramai 150 orang peserta dari empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina, dan juga Rusia bersaing untuk merebut hadiah yang berjumlah RM10 680.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Dr Al-Khalid Othman berkata kejohanan itu mampu menyerlahkan lebih ramai pemain catur yang berkebolehan dan handal khususnya di Sarawak.

“Kejohanan ini memberikan peluang kepada pemain untuk mengasah kemahiran mereka, belajar dari pemain lain, serta menguji strategi dan taktik dalam suasana kompetitif,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh dalam ucapan perasmiannya berkata, kejohanan berupaya menaikkan nama baik dan imej UNIMAS bukan sahaja sebagai pusat keilmuan dan kecemerlangan sukan berstatus antarabangsa.

“Tinggilah harapan saya agar Kelab Catur UNIMAS didaftarkan sebagai sukan cemerlang di UNIMAS,” ujarnya.

Dalam pada itu, johan kategori terbuka dimenangi International Master Shkapenko Pavel dari Rusia, yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3 000, trofi dan sijil, tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang Amir Ghaazi Mohd Saprin dan Chan Kim Yew (Malaysia).

Manakala Calon Master Kamalsyah Muhammad (Indonesia), Mohd Saprin Sabri (Malaysia), Edmund Goh Guang Yi (Malaysia), Hendra Supriadi (Indonesia), Shareef Basil Mohd Shaiden (Malaysia), Abang Mohammad Reduan Sahari (Malaysia) dan Nik Omar Heykal Amir Azhar (Malaysia) meraih tempat keempat hingga kesepuluh.

Bagi kategori institut pengajian tinggi (IPT) pula, Swinburne unggul di tempat pertama dan kedua manakala UNIMAS menduduki tempat ketiga. Selain itu, Jonas Lee Sze Hao, Fam Yii Fui dan Khairul Hayden Fahym Khairul Fahmy mengungguli bagi kategori bawah 12 tahun.

Bagi kategori bawah 18 tahun pula, Muhd Fadhlullah Mohd Ameenudeen, Jeni Samsen Ezra dan Ivan Phua Ki Ern Berjaya menguasai tempat pertama hingga ketiga.

Hadiah juga diberikan untuk veteran terbaik (Ahmad Morsin), wanita terbaik (Chong Qi En), pelajar UNIMAS terbaik (Azrul Aziman Azmin), best unrated (Safri Yoman), best OKU (Yusuf Termizi), dan best PCNS member (Arena Grand Master Muhammad Zulfaqar). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan