Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiket untuk Glastonbury 2025 habis dijual dalam masa kurang daripada 40 minit, menurut pihak festival di Worthy Farm, Somerset, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Foto fail AFP

Tiket Glastonbury habis dijual dalam masa kurang 40 minit

ByBernama

LONDON, 18 Nov: Tiket untuk Glastonbury 2025 habis dijual dalam masa kurang daripada 40 minit, menurut pihak festival di Worthy Farm, Somerset, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pas masuk mula dijual pada 9 pagi dan penganjur acara memaklumkan pada 9:35 pagi (0935 GMT), semua tiket habis dijual.

Harga tiket adalah £373.50 (US$471.28) ditambah yuran tempahan sebanyak £5, yang merupakan peningkatan sebanyak £18.50 berbanding kos 2023 iaitu £355 ditambah yuran tempahan £5.

Di platform X, pihak penganjur acara menyatakan: “Tiket untuk Glastonbury 2025 kini habis dijual.”

“Terima kasih kepada semua yang membeli tiket dan maaf kepada mereka yang tidak berpeluang, menyaksikan permintaan jauh melebihi bekalan. Akan ada penjualan semula bagi mana-mana tiket yang dibatalkan atau dikembalikan pada musim bunga 2025.”

Penjual See Tickets menulis: “Tiket untuk @Glastonbury Festival 2025 kini HABIS DIJUAL. E-mel pengesahan sedang dihantar sekarang.”

“Terima kasih kepada semua yang membeli tiket pagi ini dan maaf kepada mereka yang terlepas.”

Tahun lepas, tiket utama habis dalam masa kurang daripada sejam selepas mula dijual pada 9 pagi.

Kumpulan pertama tiket Glastonbury 2025 untuk perjalanan dengan bas habis dalam masa kurang daripada 30 minit, awal minggu ini.

Penganjur festival, Emily Eavis, sebelum ini menyatakan 2026 akan menjadi tahun rehat untuk Glastonbury, bagi membaik pulih tanah di kawasan itu.

Namun, dia sudah pun mengadakan perbincangan dengan artis untuk pemilihan sebagai penyanyi utama pada 2025 selepas tahun lalu menyaksikan dua penyanyi wanita sebagai artis utama di Pyramid Stage, iaitu Dua Lipa pada Jumaat dan SZA pada Ahad.

Festival 2024 juga menyaksikan Coldplay mencipta sejarah sebagai kumpulan pertama yang mengadakan persembahan utama di festival itu sebanyak lima kali. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan