Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Maklumat mengenai sumber minyak dan gas di Sarawak akan dikongsi semasa persidangan berkaitan gas, kata Dato Sri Julaihi Narawi. Foto hiasan Envato

Sumber minyak dan gas, tunggu maklumat tepat dan betul

ByShafik Ahmad

KUCHING, 18 Nov: Maklumat mengenai sumber minyak dan gas di Sarawak akan dikongsi semasa persidangan berkaitan gas, kata Dato Sri Julaihi Narawi.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak itu menjelaskan pihaknya sedia berkongsi maklumat lengkap dan tepat berkenaan status sumber tersebut.

“Kelak kita akan kongsi dalam sidang kemuncak gas, di mana ia merupakan venue yang tepat untuk berkongsi maklumat yang tepat.

“Sarawak tidak kedekut untuk berkongsi maklumat yang tepat, kita akan kongsi maklumatnya kelak, dan terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung minyak dan gas di semenanjung Malaysia ketika ini semakin berkurangan kira-kira 50 peratus.

Menurut Rafizi seperti dilaporkan media, sumber tersebut sebelum ini memberi kelebihan kepada pertumbuhan ekomoni negara dan agihan pendapatan, namun sumber kini hanya ada di Sabah serta Sarawak.

Rafizi menyatakan bahawa kekurangan sumber minyak dan gas di Semenanjung Malaysia merupakan cabaran besar kepada kerajaan dalam usaha mengagihkan dan menentukan peruntukan kepada setiap negeri.

Bagaimanapun Julaihi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan