Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan mangsa terlibat kemalangan di Sarikei mengalami kerosakan teruk - Foto Angkatan Pertahanan Awam Sarikei

Suami meninggal dunia, isteri cedera dalam kemalangan

SARIKEI, 18 Nov: Seorang lelaki meninggal dunia sementara isterinya cedera apabila motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kim San di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari itu, kedua -dua mangsa berusia 47 dan 43 tahun dipercayai dalam perjalanan menghala ke Sarikei.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Lefthenan (PA) Shahol Azizi Zaidi berkata, pasukannya menerima laporan kejadian pada jam 12.47 tengah hari.

“Susulan itu, pasukan anggota bergegas ke lokasi untuk menghulurkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal, mangsa pertama yang mengalami kecederaan di beberapa anggota badan termasuk patah bahu kanan dan luka kanan paha selain, patah kaki kanan.

Bagaimanapun katanya, pemandu motosikal itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementeian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan kecemasan manakala, mayat lelaki terbabit diserahkan kepada pihak polis sebagai tindakan susulan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan