Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang mangsa cedera selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan dua buah pikap di simpang Penjara Lambir, Miri. Foto JBPM

Seorang cedera, kemalangan babitkan dua pikap

MIRI, 18 Nov: Seorang mangsa cedera selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan dua buah pikap di simpang Penjara Lambir di sini, petang semalam.

Komander Operasi, Gajau Jemat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.05 petang dengan menggerakkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan membabitkan dua buah kenderaan pikap dan seorang manga tersepit di dalam kenderaan.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Miri oleh Unit EMRS Bomba untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan