Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak. Foto: UKAS

Sarawak bakal bincang cadangan perkenal semula pengajian Bible di Sekolah Rendah dengan Kementerian Pendidikan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 18 Nov : Sarawak akan mengemukakan cadangan untuk memperkenalkan semula pengajian Bible di sekolah rendah kepada Kementerian Pendidikan (MoE), kata Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak itu memahami kebimbangan yang dibangkitkan oleh ADUN Bukit Semuja, John Ilus, dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

“Berkenaan cadangan memperkenalkan semula pengajian Bible, saya memahami kebimbangan anda, dan kementerian saya akan membawa perkara ini kepada Kementerian Pendidikan untuk perbincangan lanjut,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam DUN hari ini.

Pada 14 November lalu, John Ilus menggesa agar pengajian Bible diperkenalkan semula di sekolah rendah Sarawak.

Tegasnya ia merupakan aspek penting dalam sejarah pendidikan negeri yang berasaskan toleransi dan hormat, serta mengakui peranan mubaligh Kristian dari Roman Katolik, Anglikan, dan Methodist dalam perkembangan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan