Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak dalam peringkat akhir kajian terperinci bagi keperluan penyelarasan gaji dan elaun baharu KMKK. Foto: TVS

RM86.6 juta setahun dibelanjakan bayar elaun ketua masyarakat

ByMahathir Haroun

KUCHING, 18 Nov: Sejumlah RM86.6 juta dibelanjakan setahun untuk pembayaran elaun ketua masyarakat dan ketua kaum.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai berkata, jumlah itu menunjukan peningkatan sebanyak RM12.5 juta iaitu 15 peratus berbanding tahun 2020.

“Kali terakhir Kerajaan Sarawak membuat penyelarasan gaji bagi ketua masyarakat dan ketua kaum adalah pada tahun 2018. Pelarasan itu melibatkan kenaikan gaji serta elaun bulanan sebanyak RM100.

“Oleh itu, Kerajaan Sarawak dalam peringkat akhir kajian terperinci bagi keperluan penyelarasan gaji dan elaun baharu KMKK selaras dengan peranan, tanggungjawab serta bebanan tugas yang semakin mencabar selain keadaan ekonomi semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Sementara itu menurutnya, Kerajaan Sarawak menerima 915 permohonan cadangan pewujudan jawatan baharu KMKK dari semua bahagian di Sarawak.

“Kerajaan amat prihatin dengan keperluan penambahan jawatan KMKK untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Kesemua permohonan telah diteliti dengan mengambil kira garis panduan umum merangkumi keluasan kawasan, jumlah penduduk dan pertambahan bilangan rumah di kawasan tersebut,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan