Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak polis mengesahkan dua bungkusan yang dijumpai di sebuah masjid di kawasan Senadin, Miri, sekitar jam 1 tengah hari semalam, bukan bahan letupan. Foto IPD Miri

Polis sahkan dua bungkusan dijumpai di sebuah masjid di Senadin bukan bahan letupan

MIRI, 18 Nov: Pihak polis mengesahkan dua bungkusan yang dijumpai di salah sebuah masjid di kawasan Senadin di sini, sekitar jam 1 tengah hari semalam, bukan bahan letupan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, sebaliknya bungkusan tersebut hanya mengandungi
kertas, plastik dan tasbih.

“Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri hadir di tempat kejadian dan telah mengambil tindakan.

“Hasil siasatan, pihak polis mengesahkan bahawa bungkusan tersebut bukan bahan letupan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seorang lelaki tempatan yang bekerja sendiri mengambil upah memotong rumput berusia 32 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan dalam kes ini.

“Suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 22 November ini bagi membantu siasatan, kes disiasat di bawah Seksyen Kanun 298/506 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Katanya, pihak polis menasihatkan masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memviralkan isu-isu sensitif di media sosial yang boleh menimbulkan kerisauan di kalangan masyarakat tempatan.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah, masyarakat Miri disarankan untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan untuk perkongsian maklumat atau menghubungi talian 085-433730. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan