Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini. Foto tangkap layar

PETROSNiaga sebagai pengedar tunggal LPG bersubsidi di Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 18 Nov : PETROSNiaga kini berperanan sebagai pengedar tunggal gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di Sarawak.

Anak syarikat milik PETROS (51 peratus) dan PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) (49 peratus) diwakili empat ahli lembaga pengarah.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, menjelaskan bahawa struktur Ahli Lembaga Pengarah PETROSNiaga terdiri daripada dua wakil Pengarah PETROS dan dua wakil Pengarah dari PDB.

Beliau memaklumkan perkara ini ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Isnin.

“Kementerian saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi seperti Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), KPDN, Jabatan Bomba, Pihak Berkuasa Tempatan, PDRM, PGA, ATM, Kastam, dan agensi-agensi lain untuk memastikan pemantauan yang menyeluruh terhadap semua aktiviti berkaitan silinder LPG bersubsidi,” katanya.

Julaihi turut menyatakan bahawa proses penukaran silinder LPG kuning kepada silinder LPG PETROS secara ‘one-to-one’ tanpa caj tambahan sedang giat dilaksanakan.

“Sehingga Oktober 2024, PETROSNiaga telah berjaya menukar sebanyak 690,000 unit silinder LPG kuning kepada silinder LPG PETROS.

“Kini, terdapat kira-kira 1.8 juta silinder LPG bersubsidi PETROS di pasaran di seluruh Sarawak,” jelas beliau.

Langkah ini, menurutnya, bukan sahaja memperkukuhkan akses pengguna kepada LPG bersubsidi, tetapi juga memastikan kawalan dan pengedaran yang lebih cekap di seluruh negeri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan