Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi. Foto: TVS

Pertukaran tenaga dengan Sabah mula suku kedua 2025

ByShafik Ahmad

KUCHING, 17 Nov: Projek sambung tara tenaga antara Sarawak dan Sabah dijangka mula beroperasi pada suku kedua tahun depan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi mendedahkan projek tersebut mengalami kelewatan susulan masalah izin lalu di kawasan Beluru dan Telang Usan.

“Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Energy telah menandatangani Perjanjian Pertukaran Tenaga (PEA) bersama Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dengan kapasiti 30 Megawatt di bawah projek Northern Grid Extension (NGE).

“Pelaksanaan projek ini mengalami kelewatan kerana menghadapi masalah izin lalu yang melibatkan komuniti setempat di kawasan Beluru dan Telang Usan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan kementeriannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin.

Bagaimanapun, kata Julaihi masalah izin lalu sedang ditangani dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan menerusi sesi libat urus bersama komuniti terlibat.

Untuk rekod, projek tersebut sepatutnya dilaksanakan pada suku keempat tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan