Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin, berkata insentif penerbangan tambang murah akan ditawarkan termasuk semasa perayaan Krismas dan Tahun Baharu. Foto: UKAS

MOTS beri jaminan tingkat kekerapan penerbangan, tambang berpatutan semasa Krismas, tahun baharu

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 18 Nov: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) memberi jaminan akan memastikan Kerajaan Persekutuan terus meningkatkan kekerapan penerbangan dan mengekalkan kadar tambang pada harga berpatutan sempena tempoh perayaan akan datang.

Menterinya, Dato Sri Lee Kim Shin, berkata insentif penerbangan tambang murah akan ditawarkan termasuk semasa perayaan Krismas dan Tahun Baharu, bagi meringankan beban rakyat yang ingin pulang ke negeri ini.

“Pada perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia memperkenalkan inisiatif penerbangan tambahan tengah malam, iaitu RM298.

“Sebagai sebahagian daripada usaha berkenaan, syarikat penerbangan menambah 30 penerbangan tambahan dan menaik taraf lebih 15 pesawat, beralih daripada Boeing 737-800s kepada Airbus yang lebih besar A330 yang boleh membawa 300 penumpang setiap penerbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Jelas Kim Shin, kementeriannya menyedari sepenuhnya peningkatan permintaan penerbangan yang berlaku terutama semasa musim perayaan dan cuti sekolah.

“Oleh itu, bagi menangani perkara ini, kami bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan semua syarikat penerbangan berkaitan.

“Usaha ini adalah untuk memastikan penerbangan mencukupi dan tempat duduk tersedia untuk pelbagai destinasi di Sarawak, sambil memastikan tambang penerbangan berpatutan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan