Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, mengadakan Sidang Media berhubung kejayaan SJK (C) Chung Hua No 6 Kuching memenangi Emas dalam pertandingan "2024 International Innovative Tech Summit" di China pada 9 hingga 11 November 2024 di Bilik Media Dewan Undangan Negeri Petra Jaya Kuching. Foto Nadim Bokhari (TVS)

MEITD anjur seminar dan persidangan di bawah BIMP-EAGA

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 18 Nov: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) akan menganjurkan dua program di bawah Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menterinya Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, berkata salah satu program tersebut ialah seminar TVET bertajuk ‘Bridging the Gap Between Education and Employability’ yang akan diadakan pada 20 dan 21 November.

Program kedua adalah Persidangan BIMP-EAGA TVET Keempat 2024 yang dijadualkan pada 11 dan 12 Disember.

“Kami berbesar hati mengumumkan bahawa program ini akan menampilkan barisan penceramah, panelis dan peserta yang mengagumkan dari Sarawak dan juga antarabangsa termasuk wakil dari Australia, Brunei, China, Perancis, Jerman, Indonesia, Filipina, United Kingdom dan negara anggota BIMP-EAGA.

“Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama beberapa organisasi utama termasuk Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC), dan Kolej Universiti i-CATS Sarawak dan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi sidang media selepas ucapan penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Menurut Sagah, persidangan itu bertujuan menyediakan platform untuk berkongsi amalan terbaik dalam pembangunan bakat sektor TVET, sementara seminar pula membincangkan cara memperkasa graduan TVET dengan kemahiran yang memenuhi permintaan pasaran kerja global.

Selain itu, kementeriannya juga memperuntukkan RM124,500 kepada kolej-kolej komuniti di seluruh Sarawak.

“Institusi tersebut adalah Kolej Komuniti Kuching, Kolej Komuniti Mas Gading, Kolej Komuniti Santubong, Kolej Komuniti Betong, Kolej KomunitiSarikei, Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu dan Kolej Komuniti Miri.

“Peruntukan ini adalah sebahagian daripada usaha kami yang lebih meluas untuk mengukuhkan pendidikan dalam sektor TVET di Sarawak,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan