Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi berkata 7,000 menara telekomunikasi diperlukan di Sarawak untuk mencapai liputan penuh internet menjelang tahun 2030. Foto UKAS

Liputan perkhidmatan internet di Sarawak kini 84.8 peratus

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 18 Nov: Liputan perkhidmatan internet di Sarawak kini meningkat kepada 84.8 peratus berbanding dengan 80.9 peratus yang telah dilaporkan pada Mei 2024.

Sehubungan itu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, anggaran sebanyak 7,000 menara diperlukan di negeri ini untuk mencapai liputan penuh internet menjelang tahun 2030.

“Setakat ini, Sarawak mempunyai 4,581 menara (termasuk struktur telekomunikasi di atas bangunan) yang telah siap dibina berbanding sebanyak 4,447 menara seperti yang dilaporkan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei yang lepas.

“Sebanyak 4,027 (87.9 peratus) menara telah beroperasi (on-air) dan bakinya (12.1 peratus) lagi akan beroperasi secara berperingkat sehingga hujung tahun 2025,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, kata Julaihi, kerajaan negeri turut melaksanakan program Sarawak Linking Urban, Rural and Nation (SALURAN) sebagai langkah intervensi bagi menambah baik usaha perluasan liputan internet yang sebelum ini hanya dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Untuk melaksanakan program intervensi ini, Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2.3 bilion dan salah satu komponen program SALURAN adalah pembinaan menara telekomunikasi Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) di kawasan luar bandar.

“Sebanyak 546 daripada 600 menara telekomunikasi SMART telah siap dibina dan daripada jumlah menara yang siap tersebut, sebanyak 400 buah menara SMART telah beroperasi,” ujarnya.

Menurut Julaihi, kesemua menara SMART yang beroperasi itu menyediakan kedua-dua perkhidmatan 4G dan Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) manakala bakinya akan beroperasi sepenuhnya secara berperingkat pada suku keempat tahun 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan