Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia bakal menjadi pintu gerbang industri serantau berikutan kerjasamanya dengan Brazil dalam sektor semikonduktor, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Foto hiasan Envato

Kerjasama dalam sektor semikonduktor dengan Brazil jadikan Malaysia pintu gerbang perindustrian serantau – Tengku Zafrul

ByBernama

RIO DE JANEIRO (Brazil), 18 Nov: Malaysia bakal menjadi pintu gerbang industri serantau berikutan kerjasamanya dengan Brazil dalam sektor semikonduktor, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Dengan memanfaatkan jawatan sebagai pengerusi ASEAN, kita boleh meletakkan rantau ini sebagai hab global untuk inovasi dan pembuatan semikonduktor bukan sahaja memanfaatkan Malaysia dan Brazil tetapi semua negara anggota ASEAN,” katanya semasa mesyuarat industri semikonduktor Malaysia-Brazil di sini hari ini.

Dalam ucapannya, beliau berkata mesyuarat itu bukan sahaja platform untuk mempamerkan kekuatan Malaysia tetapi juga peluang untuk menjalin perkongsian bermakna.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIMOS Bhd, Dr Saat Shukri Embong; Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia, Datuk Seri Wong Siew Hai; Presiden Persatuan Industri Elektrik dan Elektronik Brazil, Dr Humberto Barbato dan Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Brazil, Rogério Nunes.

Tengku Zafrul berkata Malaysia menyasarkan untuk menarik RM500 bilion dalam pelaburan menjelang 2030 dan mewujudkan 10 juara industri semikonduktor tempatan dengan pendapatan melebihi RM1 bilion setiap satu.

Sasaran itu termasuk latihan dan peningkatan kemahiran 60,000 jurutera adalah sebahagian daripada Strategi Semikonduktor Kebangsaan.

Semasa mesyuarat itu, Tengku Zafrul turut menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) yang melibatkan industri semikonduktor Malaysia dan Brazil.

MoU pertama ditandatangani oleh Saat dan CEO Institut Eldorado, Roberto Soboll manakala MoU kedua ditandatangani oleh Wong dan Barbato.

Malaysia mempunyai ekosistem semikonduktor yang komprehensif merangkumi aktiviti bahagian ‘front-end’ dan ‘back-end’.

Malaysia ketika ini merupakan pengeksport semikonduktor keenam terbesar di dunia dengan eksport semikonduktor bernilai lebih US$85 bilion.

Ekosistem semikonduktor Malaysia termasuk syarikat terkemuka global seperti Intel, Infineon, Micron, dan Texas Instruments serta syarikat tempatan seperti Carsem dan Inari.

Penggiat industri berkenaan telah menjadikan Malaysia sebagai hab dipercayai untuk pelbagai industri daripada automotif kepada peranti perubatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan