Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu dan penumpang sebuah kereta berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki terbakar di Lebuh Raya Pan Borneo, Simpang Stapang, Selangau, malam tadi. Foto JBPM

Kereta terbakar di Selangau

SELANGAU, 18 Nov: Pemandu dan penumpang sebuah kereta berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki terbakar di Lebuhraya Pan Borneo, Simpang Stapang di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Muhd Nurfaiz Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 9 malam dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga telah terbakar keseluruhan.

“Kesemua penumpang dan pemandu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba melakukan pemadaman menggunakan satu aliran 100 kaki satu nozel dan air dari jentera bagi memadam kebakaran tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan