Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
60 orang mengalami gangguan pada sistem pernafasan dan segera dikejarkan ke pusat perubatan. Foto: Envato

Kebocoran gas klorin: 60 individu dikejarkan ke pusat perubatan di Iran

ByBernama

TEHRAN, 18 Nov : Enam puluh individu di wilayah Isfahan, tengah Iran dikejarkan ke pusat perubatan selepas disyaki terhidu gas klorin pada Ahad, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).

Kejadian kira-kira 1.40 tengah hari waktu tempatan (1010 GMT) berlaku apabila trak membawa membawa silinder gas klorin terbalik di jalan antara bandar di daerah Shahreza, 80 kilometer ke selatan ibu kota wilayah, Isfahan.

Ketua pengarah jabatan pengurusan krisis wilayah Mansour Shishehforoush dipetik sebagai berkata susulan kemalangan itu, pasukan penyelamat segera dikerah ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, satu daripada silinder itu mengalami kebocoran menyebabkan 60 orang di kawasan berhampiran mengalami gangguan pada sistem pernafasan dan segera dikejarkan ke pusat perubatan. –  TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan