Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman di lokasi kebakaran sampah di Jalan Hua Ee Sarikei, awal pagi Isnin. Foto BBP Sarikei

Hentikan pembakaran di tapak pembuangan sampah

SARIKEI, 18 Nov: Pelbagai usaha sudah dilaksanakan namun insiden kebakaran tempat pembuangan sampah di sekitar daerah ini, masih berulang dan meresahkan penduduk di kawasan sekitar lokasi berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Penguasa Bomba, Mahmudin Narudin berkata, sehingga November, pihaknya menerima sebanyak 26 laporan membabitkan kes berkenaan.

Katanya, bomba tidak menolak kejadian berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang melakukan pembakaran di tapak tersebut.

“Bomba pernah mengeluarkan amaran beberapa kali sebelum ini namun, kejadian ini masih berlaku. Lebih membimbangkan apabila sebahagian besar kes adalah ‘disengajakan’ atau sengaja dibakar.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan kebanyakan kes berpunca daripada pencari sampah yang mahu mendapatkan sisa buangan boleh jual seperti logam dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, laporan kes kebakaran di tempat pembuangan sampah di daerah ini adalah antara yang terbanyak diterima pihaknya selain binatang berbisa dan kemalangan.

Sebagai tindakan susulan katanya, pihaknya juga sering melakukan pemantauan di kawasan terbabit memastikannya tidak terus berulang.

“Saya juga ingin menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran dengan sewenang-wenanngnya kerana perbuatan ini bukan sahaja mengancam keselamatan tetapi juga menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan penduduk,” katanya.

Mengulas kejadian terkini, Mahmudin berkata, pihaknya menerima satu laporan kejadian itu di Jalan Hua Ea pada jam 1.58 pagi tadi.

“Kejadian itu juga merebak ke kawasan belukar berhampiran sebelum sempat dipadamkan sepenuhnya oleh bomba pada jam 2.15 pagi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan