Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan siasatan anti-lambakan ke atas empat produk besi, keluli dan plastik kapasiti berlebihan dari industri pembuatan China sedang dilakukan ketika ini. Foto hiasan, Envanto.

Dewan Rakyat: MITI siasat lambakan besi, keluli dan plastik dari China

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Kerajaan sedang menjalankan siasatan anti-lambakan ke atas empat produk besi, keluli dan plastik kapasiti berlebihan dari industri pembuatan China.

Timbalan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata lambakan berlaku mungkin disebabkan oleh kapasiti berlebihan pembuatan di negara berkenaan.

“Siasatan yang dijalankan oleh kerajaan adalah selaras dengan Akta Domestik dan peraturannya, serta perjanjian-perjanjian di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO),” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hasni Mohammad (Barisan Nasional-Simpang Renggam) yang ingin tahu langkah kerajaan melindungi industri tempatan daripada impak kapasiti berlebihan pembuatan China.

Chin Ting berkata kerajaan telah menguatkuasakan sembilan tindakan anti-lambakan dan tiga tindakan pelindungan dalam tempoh 2015 hingga 2023 terhadap produk yang diimport dari negara tembok besar.

“Ini temasuk produk besi dan keluli, serta plastik serta bahan binaan yang telah menyebabkan kemudaratan material atau kecederaan serius kepada industri domestik Malaysia,” katanya.

Sementara itu, MITI juga sedang menyemak semula Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 (Akta 504) dan peraturan-peraturannya.

Chin Ting berkata semakan semula itu adalah selaras dengan amalan perdagangan semasa di peringkat antarabangsa.

“Ini bagi memastikan ekosistem peraturan yang lebih kondusif agar Malaysia menjadi hab perdagangan yang mampan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan