Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh menjawab soalan berkaitan kadar inflasi negara di Parlimen hari ini. Kredit foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Kadar inflasi Malaysia tidak lebih dua peratus dalam tempoh 12 bulan

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Dewan Rakyat dimaklumkan kadar inflasi negara tidak pernah melebihi dua peratus bagi tempoh 12 bulan serta terkawal.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata kadar inflasi negara pada September 2024 adalah 1.8 peratus berbanding 1.9 peratus pada Ogos 2024.

Menurutnya, kerajaan telah melaksanakan lima ikhtiar bagi memperkukuh ekonomi negara dan menangani kos sara hidup rakyat termasuk pelaksanaan harga siling dan subsidi pada barangan asas.

“Pihak penguatkuasa memastikan tiada aktiviti pencatutan serta tiada aktiviti pakatan kartel untuk memastikan harga barang dapat dikawal,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Kapten Azahari Hasan (Perikatan Nasional -Padang Rengas) mengenai perancangan kementerian dalam menangani kenaikan harga barangan yang membawa kesan kepada inflasi.

Sementara itu Fuziah berkata, kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan lantai ekonomi menerusi pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, Dasar Gaji Progresif, Inisiatif Pendapatan Rakyat dan Perintah Gaji Minima.

Dewan Rakyat: Prestasi belanja projek pembangunan di Sabah, Sarawak rendah

“Selain itu, program Jualan Rahmah dan program AgroMadani yang diadakan untuk membantu rakyat melibatkan barang keperluan asas pada harga yang lebih murah.

“Pada tahun hadapan kita akan adakan dua kali sebulan di setiap Dewan Undangan Negeru untuk program jualan Rahmah,” katanya.

Mengulas faktor naik turun harga barangan dan perkhidmatan, Fuziah menjelaskan bahawa Malaysia mengamalkan sistem pasaran bebas.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan bertanggungjawab memastikan kuasa beli rakyat dapat ditingkatkan dengan memastikan bekalan dan harga keperluan asas stabil serta di paras selsesa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan