Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekebun-pekebun kecil rentas sektor pertanian di Betong di Sarawak dibekalkan dengan baja yang tidak berkualiti oleh pembekal di bawah skim pembekalan baja subsidi.Foto hiasan, Envanto.

Dewan Rakyat: Baja subsidi tidak berkualiti dibekal kepada pekebun kecil di Betong

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Pekebun-pekebun kecil rentas sektor pertanian di Betong di Sarawak dibekalkan dengan baja yang tidak berkualiti oleh pembekal di bawah skim pembekalan baja subsidi.

Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr Richard Rapu berkata kualiti baja yang dibekalkan oleh pihak terlibat berbeza dengan baja komersial kerana tidak dapat menghasilkan bunga lada.

“Apabila pembekal melibatkan diri dalam tender, sampel yang dihantar memang sempurna namun apabila dibekalkan dan dihantar beribu peket kepada pekebun kecil, tidak memenuhi spesifikasi,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi di Dewan Rakyat hari ini.

Richard berkata pekebun kecil di kawasannya yang menerima baja tidak berkualiti itu termasuk pekebun lada, koko dan sawit.

Beliau meminta perkara berkenaan dipandang serius oleh kementerian terlibat.

“(Ini kerana) Betong merupakan antara pengeluar lada terbesar dengan sejumlah 2,338 petani yang mengusahakan kawasan seluas 659.7 hektar,” katanya.

Sementara itu, Richard turut membangkitkan nilai eksport lada negara yang menurun kepada 5.8 ribu tan dengan nilai sebanyak RM149 juta pada 2023 berbanding 6.7 ribu tan dengan nilai sebanyak RM180 juta pada tahun sebelumnya.

“Statistik pada tahun sebelumnya menunjukkan penggunaan lada dunia kira-kira 291,000 tan metrik berbanding kadar penggunaan pada tahun sebelumnya 251,000 tan metrik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan