Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Liputan bekalan elektrik di luar bandar Sarawak meningkat 0.2 peratus kepada 98.6 peratus setakat ini. Foto hiasan Envato

BELB Sarawak meningkat 0.2 peratus

ByShafik Ahmad

KUCHING, 17 Nov: Liputan bekalan elektrik di luar bandar Sarawak meningkat 0.2 peratus kepada 98.6 peratus setakat ini.

Mendedahkan perkara itu Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata secara keseluruhan bekalan elektrik di Sarawak kini 99.4 peratus.

Sebelum ini, dalam Persidangan DUN Sarawak pada Mei lalu, beliau memaklumkan dewan bahawa liputan bekalan elektrik di luar bandar ialah 98.4 peratus.

“Sarawak memerlukan peruntukan melebihi RM4 bilion untuk merealisasikan liputan penuh serta penambahbaikan bekalan elektrik selaras dengan Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030,” katanya.

Kerajaan Sarawak telah menyediakan peruntukan RM2.38 bilion di bawah Alternative Funding untuk 211 projek bekalan elektrik luar bandar (BELB).

Setakat ini 152 projek (72%) telah siap, 50 projek (23.7%) sedang dibina, dan sembilan projek (4.3%) dalam peringkat tender dan dijangka bermula pada suku pertama 2025.

Selain itu, RM50.5 juta juga telah diluluskan untuk tiga projek di bawah RMKe-12, di mana dua projek sedang dibina dan satu lagi dalam peringkat tender, dijangka bermula pada suku pertama 2025. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan