Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki yang kehilangan bebola mata kiri akibat dikorek seorang lelaki warga asing dalam pergaduhan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini. Foto TVS

Bebola mata lelaki dikorek tidak dapat diselamatkan

GEORGE TOWN, 18 Nov: Bebola mata kiri seorang lelaki yang tertanggal akibat dikorek seorang lelaki warga asing dalam pergaduhan di tepi jalan berdekatan sebuah flat di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor dekat sini kelmarin tidak dapat diselamatkan, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad.

Hamzah berkata, mangsa yang sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang di sini bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.

“Keadaan mangsa semakin pulih dan dia (mungkin) mengalami kecacatan kekal akibat insiden tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Hamzah, hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku selepas pertengkaran mulut antara mangsa berusia 52 tahun dengan suspek berumur 28 tahun sebelum berakhir dengan pergaduhan.

“Mangsa yang tinggal di perumahan sama dengan suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan ketika kejadian dia dipercayai sedang mabuk.

“Suspek yang merupakan memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) didapati tiada rekod jenayah,” ujarnya.

Menurutnya, polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk mendakwa suspek di mahkamah dalam masa terdekat.

Terdahulu, media melaporkan, seorang lelaki kehilangan bebola mata kiri selepas dikorek oleh seorang lelaki warga asing dalam pergaduhan di tepi jalan berdekatan sebuah flat di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor pada Sabtu.

Suspek direman selama empat hari bermula 17 hingga 20 November depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan