Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, mengadakan sidang media di bilik Media Dewan Undangan Negeri Sarawak Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

ART Sarawak berbeza dengan projek LRT di Indonesia – Lee Kim Shin

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 18 Nov: Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, menegaskan bahawa Projek Transit Aliran Autonomi (ART) di bawah inisiatif Kuching Urban Transportation System (KUTS) tidak akan menghadapi masalah seperti projek LRT di Ibu Kota Nusantara (IKN), Indonesia.

Beliau menjelaskan bahawa kerjasama erat dengan pembuat peralatan asal (OEM) memastikan ART Sarawak memenuhi keperluan operasi dan keadaan alam tempatan.

“Menurut laporan Jakarta Force pada 14 November 2024, unit prototaip LRT IKN gagal dalam ujian dan konsep bukti, khususnya sistem kendaraan autonomi.

“Namun, projek KUTS tidak akan menghadapi masalah serupa kerana kita telah melalui pelbagai proses penyesuaian dan pengoptimuman teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media selepas Persidangan DUN Hari Keenam di sini, hari ini.

Lee turut memberitahu bahawa ART Sarawak telah menjalani ujian menyeluruh di China dan Kuching, termasuk aspek navigasi autonomi, keselamatan penumpang, dan pemeriksaan sistem.

“Kami telah mengadakan pemeriksaan POC (proof of concept) di China dan Sarawak untuk memastikan ART sesuai dengan keperluan tempatan.

Malah, rekaan dan spesifikasi telah diubah suai bagi menepati keadaan jalan di Kuching,” ujarnya.

Mengulas perbezaan utama antara ART Sarawak dan LRT IKN, beliau menjelaskan bahawa syarikat yang membangunkan ART Sarawak adalah pakar dalam sistem LRT, berbeza dengan projek di Indonesia yang berkolaborasi dengan syarikat berkelas tinggi.

“Kami membeli ART daripada syarikat di Yiping, China, yang berkhusus dalam pembangunan LRT. Proses iteratif ujian dan penyesuaian memastikan kualiti dan keselamatan konsisten sepanjang penghantaran 38 unit ART,” tambah beliau.

Projek ART Sarawak kini sedang memasuki fasa ujian kilang untuk unit pertama di China, sebelum penghantaran ke Kuching.

Lee turut memaklumkan bahawa ujian seterusnya akan dilakukan di Kuching, termasuk simulasi operasi di laluan sebenar.

“Ujian yang tegas akan terus dilaksanakan bagi memastikan sistem ini berfungsi dengan baik dan selamat sebelum digunakan sepenuhnya oleh rakyat Sarawak,” katanya lagi.

Terdahulu, The Jakarta Post melaporkan bahawa pihak berkuasa Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara telah memutuskan untuk menghentikan operasi dan memulangkan sistem rel transit autonomi (ART) kepada pembekal dari China selepas penilaian percubaan mendapati ia tidak memenuhi piawaian kerajaan.

Mohammed Ali Berawi, Setiausaha Bahagian Transformasi Hijau dan Digital di Pihak Berkuasa IKN, menyatakan bahawa penilaian terhadap bukti konsep (PoC) sistem itu mendapati teknologi autonomi tersebut gagal berfungsi seperti yang diharapkan oleh kerajaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan