Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kempen Derma Darah anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Miri pada 16 November lalu berjaya mengumpulkan 81 beg darah hasil penyertaan 113 individu. Foto Pustaka Miri

81 beg darah dikumpul dalam Kempen Derma Darah Pustaka Miri

ByVanessa Enjop

Miri, 18 Nov: Kempen Derma Darah anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Miri pada 16 November lalu berjaya mengumpulkan 81 beg darah hasil penyertaan 113 individu.

Pegawai Pengurusan Korporat Pustaka Miri, Shirley Szebah Mambai, menyatakan bahawa kempen ini bertujuan membantu memenuhi keperluan darah bagi pesakit selain meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya menderma darah.

“Menderma darah bukan sahaja satu amalan mulia, tetapi juga dapat memupuk rasa tanggungjawab sosial dan menyemai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan nyawa.

“Pada masa yang sama, ia turut menyemarakkan semangat kesukarelawan dalam kalangan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Program ini berlangsung di Ruang Legar Pustaka Miri dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Miri.

Kempen ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) ke-3 yang memberi fokus kepada aspek kesihatan dan kesejahteraan.

Selain menyediakan bekalan darah yang mencukupi, program ini juga bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dan memupuk kesedaran tentang tanggungjawab sosial.

Sebagai tanda penghargaan, setiap penderma yang berjaya menderma darah menerima kudapan dan sekampit beras.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan