Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan sebuah kediaman di Kampung Sungai Berlian daripada musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.Foto JBPM

Tindakan pantas orang awam selamatkan rumah daripada musnah

KUCHING, 17 Nov: Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan sebuah kediaman di Kampung Sungai Berlian di sini daripada musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Komander Operasi, Mohamad Jimizan Jimadil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 5.58 pagi dengan menggerakkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku kebakaran rumah jenis separuh kekal dua tingkat yang terbakar 20 peratus.

“Kebakaran berlaku di sebuah bilik di tingkat dua kediaman dihuni tujuh penghuni itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, api berjaya dipadamkan oleh orang awam dengan menggunakan media pemadaman tiga unit alat pemadam api (APA) dan air paip sebelum ketibaan bomba di lokasi kejadian.

“Tiada operasi pemadaman dijalankan, pihak bomba hanya membuat pemantauan bagi memastikan tiada lagi punca api dan kebakaran benar-benar padam sepenuhnya.

“Kebakaran tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa, punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan