Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Jeram Badoh

ByBernama

SEGAMAT, 17 Nov: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama 19 rakannya di Sungai Jeram Badoh, Buloh Kasap, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menimpa mangsa kira-kira 4.30 petang.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa datang bersama rakannya dari Felda Palong, Gemas, Negeri Sembilan ke sungai itu untuk bermandi-manda, sebelum dia dilihat hanyut ke tengah sungai akibat arus deras.

“Susulan itu, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diaktifkan dengan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dibuka di lokasi kejadian bagi menyelaras tindakan serta-merta,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Zamry berkata operasi melibatkan 35 anggota polis dan bomba dengan 10 unit aset termasuk empat buah bot.

“Bagaimanapun, tiada sebarang penemuan setakat ini dan kawasan pencarian melalui unit selam JBPM telah memasuki zon kedua dengan jarak 150 meter dari lokasi terakhir mangsa dibawa arus.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkannya melalui Pusat Kawalan Daerah di talian 07-9324222,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan