Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Qaybee merakam gambar kenangan sebelum majlis penutupan. Foto TVS

Qaybee juara Kejohanan Sarawak Inter-State Club

KUCHING, 17 Nov: Gabungan kumpulan yang terdiri daripada lapan pemain tenis Malaysia dan tujuh pemain tenis Indonesia yang dkenali sebagai Qaybee muncul juara Kejohanan Sarawak Inter-State Club Piala YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang berlangsung di sini, hari ini.

Menerusi kemenangan itu, Qaybee membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, pingat dan piala pusingan.

Pengurus Pasukan, Khairuddin Baharom berkata, beliau mempunyai sebab tersendiri dalam mengabungkan dua kumpulan pemain yang terdiri dari bekas pemain kebangsaan dan memuji penganjuran kejohanan tersebut yang dilihat baik dan teratur.

“Objektif penggabungan pasukan adalah untuk menyatukan balik semua bekas pemain kebangsaan di dalam sukan tenis dari Malaysia dan Indonesia.

“Penganjuran kejohanan yang sangat baik. Kita telah maklum bahawa lokasi penganjuran tenis di Sarawak adalah baik, bukan sahaja peringkat kebangsaan, malah peringkat antarabangsa juga,” katanya ditemui pemberita di akhir kejohanan tersebut.

Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Singapore ALC yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 dan pingat manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh pasukan CTC dan pasukan KL Grinders.

Sementara itu Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam sidang media berkata, kejohanan yang sama akan menawarkan hadiah yang lebih lumayan pada tahun hadapan.

“Tahun hadapan kita akan menggandakan lagi hadiah wang tunai.

“Mungkin (dengan penggandaan hadiah wang tunai), akan ada lebih ramai penyertaan daripada pelbagai bahagian dan wilayah,” katanya lagi.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found