Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada sidang media selepas Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi Edisi Bulan November di Dataran Ibu Pertiwi di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Penemuan 20 spesis baharu katak bukti Sarawak kaya khazanah alam semula jadi

KUCHING, 17 Nov: Penemuan kira-kira 20 jenis spesies baharu katak menunjukkan alam semula jadi Sarawak mempunyai kekayaan flora dan fauna.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, menerusi penyelidikan menyeluruh dilakukan penyelidik tempatan serta luar negara itu memberikan bukti jelas ekosistem Sarawak sesuai dengan pelbagai jenis flora dan fauna.

Menurutnya, beliau berharap lebih banyak penyelidikan dapat dilaksanakan di Sarawak bagi mengenal pasti spesis yang lain.

“Ini menunjukkan bahawa kekayaan flora dan fauna yang ada di Sarawak.

“Kita berharap banyak lagi penyelidikan dibuat di dalam negeri untuk kajian masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pada sidang media selepas Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi Edisi Bulan November di Dataran Ibu Pertiwi di Kuching pada Ahad.

Terdahulu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan Sarawak akan terus memberikan penekanan kepada kepentingan Taman Negara Tanah Lembap untuk mengkaji perubahan iklim terutamanya berkaitan potensi penyimpanan karbon melalui hutan bakau dan ekosistem lain.

Ia kerana taman negara tersebut merupakan habitat asli bagi pelbagai spesies termasuk 20 spesies katak baharu yang ditemui di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan